Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang Islam
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Adapun tanda-tanda kematian
bagi Orang Islam mengikut ulamak adalah benar dan sememangnya wujud.
Cuma amalan dan ketakwaan sahaja yang akan membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
ٱللَّهُ
يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى
مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ
ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ
لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
“Allah
memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika
dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia
lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)
.
Rasulullah ﷺ
diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga
dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari
awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah
diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu
menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk
serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala
sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal
untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia
untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan
bersedia dalam perjalanan menghadap Allah سبحانه وتعالى.
Walaubagaimanapun
semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja
manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa
mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan
kekufuran mereka kepada Allah سبحانه وتعالى.
.
.
TANDA-TANDA KEMATIAN
Menurut pandangan ulama’, berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:
.
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah سبحانه وتعالى
kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang
dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.
Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu
tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang
terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan
amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati
kelak.
Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang manfaat.
.
.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama
orang yang akan mati
akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan
mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.
Malaikat
maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma satu tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
.
.
Tanda 7 hari sebelum hari mati.
Menurut
sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang
luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji
dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya
bertambah secara tiba-tiba.
.
.
Tanda 5 hari sebelum hari mati.
Pada
ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi,
maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan
kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.
.
.
Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada
ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan
bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan
bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia
boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.
.
.
Tanda 2 hari sebelum hari mati.
Pada
masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan
roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka
sayangi.
Di
samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan
bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya
perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang
akan memandikan kita nanti.
Ketika
ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit,
hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
.
.
Tanda 1 hari sebelum hari mati.
Seseorang
itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas
waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui
waktu Asar hari berikutnya.
Rasulullah ﷺ
ketika menghadapi sakaratul-maut, Baginda mencelupkan jari ke dalam
gelas berisi air berhampiran Baginda lalu diusapkan ke wajah sambil
berdoa:
.
Tanda akhir.
Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ke tulang sulbi
(di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali
kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment