Mula2
buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak
dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk
(termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri
manis dia mengikut citarasa anda ya..
Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan
adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih,
jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn
biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan
hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam
loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika
masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak
sedap nak makan)kat atasnya.
Bila
dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan
dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke
atasnya.
Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..
No comments:
Post a Comment